Khat membentuk nama Muhammad
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (
Arab:
نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh
Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai
khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di
Makkah,
Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di
Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan
Rasul dan
Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang
Islam, tetapi orang-orang
Yahudi dan
Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah
Nabi Musa dan
Nabi Isa.Beliau juga digelar
Al Amin yang bermaksud 'yang terpuji'.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
-
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Nabi Muhammad telah diputerakan di
Makkah, pada hari
Isnin,
12 Rabiulawal (
20 April 571M). Ibu baginda, iaitu
Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya,
Abdullah, ialah anak kepada
Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi
Ismail, anak kepada Nabi
Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang
anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama
Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya,
Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (
Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan
Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para
belia pada masa itu seperti
berjudi, meminum
minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai
As Saadiq (yang benar) dan
Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar